Friday, April 8, 2016

Membuka lembaran baru.....

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera


Terlalu lama rasanya Tok menyepikan diri dalam dunia penulisan blog ini.  Terlalu lama rasanya Tok tak share kisah - kisah, liku- liku perjalanan hidup Tok di alam maya ini. Tiba - tiba terbit rasa rindu dalam hati untuk berceloteh kat sini, kat blog Atokkau yang dah bersawang teruk nii. 

Kalau tanah dibiarkan tak berkemas, kompom naik lalang dan resam tapi blog ni yang dibiarkan nampak macam kosong tak ada apa - apa pengisian langsung. Tak memberi manfaat langsung kan?? 

So, untuk lembaran baru kali ini, Atok bercadang untuk berkongsi serba sedikit tentang kehidupan atau dlm bahasa orang putih nyaa 'life' yang Atok lalui sekarang. Mungkin jugak Atok nak share pasal aktiviti - aktiviti , hobi -hobi Atok serta panduan yang mungkin korang boleh ambil sebagai pedoman untuk korang pakai yang Atok nak share nanti. 

Bak kata orang, teruskan pandang kehadapan, never look to the past anymore. Selalu positifkan diri, insyallah semua nya akan berjaya diharungi. Sedar tak sedar rasanya usia blog Atokkau ni dah dekat 8 tahun dan untuk pengetahuan korang beratus posting sebelum ini telah pun Atok delete untuk Atok membuka lembaran baru dan kasi ceria sikit blog ni. 

Untuk kali ini, Atok kasi korang baca dulu lahh celoteh Atok ni (kalau korang sudi laa). Hahaha...Dah tua ni kepala berat sikit nak menulis panjang - panjang. Lepas ni posting kemungkinan lebih kepada koleksi gambar ajee laa....Hihihi

Ermm...rasa nya cukup sampai sini untuk harini, tulis panjang2 pun bukan ada orang nak baca kann???
Hahahaa...terima kasih kepada yang sudi singgah kat blog Atokkau ni. Berjumpa kita di lain posting!!